Saturday, August 1, 2009

SIRI 4

KEEMPAT:
Tulisan pihak tuan yang berbunyi:

“Dalam kehidupan manusia di alam ini, sememangnya kita diwajibkan berugama dan memilih agama sebagai pegangan semasa hidup di dunia. Ugama memainkan peranan penting dalam manusia beragama, agar tidak ada satu penindasan untuk seseorang manusia yang memiliki agama. Dalam hal demikian, kita dapat saksikan pelbagai ugama yang wujud di dunia ini, namun ugama yang terbaik adalah agama Islam.”


KOMEN:
Bahagian ini MENGELIRUKAN kerana tidak cukup maklumat. Pendakwah yang baik sepatutnya menulis dengan jelas. Apabila dikatakan “ugama yang terbaik adalah agama Islam”, maksudnya agama-agama lain juga baik, cuma bukan yang terbaik. Kan begitu?

Tidak jelas apakah maksud ‘BAIK’ bagi pihak tuan, sebab itu kami memohon penjelasan. Jika tuan memandang ‘BAIK’ itu dari SUDUT MORAL, mungkin ada benarnya kerana semua agama umumnya mengajar kebaikan. Namun masih TIDAK BENARs juga kerana AGAMA YAHUDI ada mengajar banyak kejahatan dalam kitab-kitab suci mereka terutamanya dalam kitab Talmud. Boleh jadi tuan kekurangan maklumat tentang agama Yahudi. Kami cadangkan supaya pihak tuan membuat sedikit ‘study’ semula.

Jika yang dimaksudkan dengan ‘BAIK’ itu ialah BENAR DI SISI TUHAN, ada 2 pembahagian:

Bahagian pertama:
Jika dimaksud agama lain selain Islam PADA HARI INI sebagai benar, jelas maklumat ini tidak benar kerana agama di sisi Allah pada akhir zaman ini hanyalah agama Islam.

“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam.” (Ali-‘Imraan : 1Cool

Nabi Muhammad diutuskan kepada sekalian alam untuk manusia dan juga jin. Untuk akhir zaman ini, BERTUHANKAN ALLAH mestilah dengan BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW. Iblis dilaknat sehingga ke hari akhirat kerana dia menolak syariat pada zamannya iaitu ‘sujud kepada Adam’. Walau setinggi dan sebanyak manapun amalan, hakikat, makrifat, fana dan baqa si Iblis, dia tetap dilaknat kerana menolak syariat.

“(Allah) Berfirman: “Wahai Iblis, mengapa engkau tidak turut bersama-sama mereka (para malaikat) yang bersujud itu?”
“(Iblis) Berkata: “Aku tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia daripada tanah liat yang kering, daripada tanah kental yang berubah warna dan baunya.”
“(Allah) Berfirman: “Kalau begitu, keluarlah engkau daripadanya kerana sesungguhnya mulai sekarang hingga ke masa depan ialah (makhluk) yang diusir.”
“Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat berterusan sehinggalah ke hari kiamat.”
(Al-Hijr : 32-35)

Jadi, agama-agama selain Islam tetap tertolak kerana tidak bersyariatkan syariat Muhammad saw. Umumnya orang beragama Yahudi menyembah Tuhan bukannya menyembah patung, dewa, alam dan lain-lain. Namun begitu agama mereka tetap tertolak kerana tidak mengikut syariat Nabi Muhammad. Menolak syariat Nabi Muhammad samalah seperti menolak/menderhakai Tuhan.

(Dari segi hakikatnya, menolak syariat Muhammad saw samalah seperti menyekutu dan mensyirikkan Allah kerana sudah ada DUA KUASA. Menurut pemahaman hakikat, apabila wujud DUA KUASA, maka automatik mensyirik dan menyekutukan Tuhan. Tuhan kata ikut syariat Muhammad saw, kita kata hendak ikut syariat lain. Maka jelas sudah ada DUA KUASA. Kita sedia maklum apa bentuk hukuman kepada orang yang menyekutu dan mensyirikkan Allah).

Jika dimaksudkannya agama-agama lain juga benar selagi syariat Islam belum sampai kepada penganut agama-agama itu, maka bahagian ini kami mungkin bersetuju.

Oleh kerana tulisan pihak tuan tidak jelas, kami tentunya tidak boleh terus meletakkan hukaman salah. Jadi ia berada dalam bahagian MENGELIRUKAN.

Peringatan untuk kita bersama- Dalam sesuatu ajaran itu, jika ada beberapa perkara yang mengelirukan, biasalah. Kita kena meletakkan sangka baik terlebih dahulu. Tapi jika ada banyak perkara yang mengelirukan, kita sudah boleh meletakkan sangka buruk di depan sedikit daripada sangka baik sebagai langkah berhati-hati.

Jadi, kami mohon budi baik tuan untuk menjelaskan maksud “BAIK” yang tuan tulis itu.

Mohon penjelasan: ...............................................

No comments:

Post a Comment