Saturday, August 1, 2009

SIRI 1

PERTAMA:
Tentang tulisan pihak tuan yang berbunyi:

TAURAT
Akan berlaku suatu masa dimana barangsiapa di kalangan penduduk dunia yang tidak datang ke Jerusalem (negeri yang aman) untuk mengagungkan Raja iaitu Allah Tuhan Semesta Alam, bagi mereka takkan ada hujan (rahmat).
( Zakariyya: 17 )

“Aku akan datang hampir dengan kamu untuk menghakimi, dan Aku akan segera menjadi saksi terhadap ahli-ahli sihir (pendusta-pendusta), terhadap penzina-penzina (yang mengambil idola selain Allah), terhadap sesiapa yang menindas Pekerja Upahan, Janda serta ‘Anak Yatim dan Pendatang Asing’ pembawa kebenaran dan juga terhadap sesiapa yang tidak takut kepada-Ku”, kata Allah, Tuhan Sekelian Alam.
“Sesungguhnya Aku, Allah, tidak berubah, sebaliknya kamu anak-anak Yaakub (umat zaman akhir) yang tidak memikirkan. Sejak zaman nenek-moyang kamu, kamu telah berpaling dari peraturan-Ku. Kembalilah kepada-Ku, dan Aku akan kembali kepada kamu”, kata Allah, Tuhan Sekelian Alam.
Namun, kamu mengatakan, “Mana ada kami akan dibangkitkan? Mana mungkin seorang lelaki merompak Allah (membawa Zat).”
“Sebenarnya, kamu yang merompak Aku”
Seterusnya, kamu mengatakan, “Bagaimana pula kami telah merompak kamu?”.
“Dalam zakat dan pemberian sedekah. Kamu benar-benar terlaknat kerana kamu merompak Aku, ya kamu seluruh bangsa!”
( Malachi / MALAISE 3 : 5-9 )

“Maka, berjaga-jagalah, hari itu datang, hari yang membakar seperti kawah, dan semua mereka yang keji akan terpaku, lalu hari yang datang itu akan membakar mereka,” kata Allah, Tuhan Sekelian Alam. “Hari itu takkan meninggalkan baik akar mahupun dahan sekalipun”.
“Tetapi bagi kamu yang takut pada nama-Ku, bagimu, akan terbit matahari kebenaran yang ada penawar pada sayapnya. Kamu akan keluar dan melompat seperti anak lembu terlepas dari kandang”
“Kamu akan memijak-mijak orang-orang keji, sesungguhnya mereka akan menjadi abu di bawah telapak kakimu, pada hari yang Aku uruskan”, kata Allah, Tuhan Sekelian Alam.
( Malachi / MALAISE 4 : 1-3 )

http://manatuhanallah.wordpress.com/kiamat-dalam-4-kitab/

KOMEN DARI KAMI:
Pihak tuan menyebut buku Zakaria dan buku Malachi yang berada dalam Bible sebagai TAURAT. Kami fikir pihak tuan sudah tersilap. Sekiranya kami yang tersilap, kami memohon maaf awal-awal.

Bible (Alkitab) terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu Old Testament (Perjanjian Lama) dan New Testament (Perjanjian Baru). Kitab Perjanjian Lama pula terdiri daripada berpuluh-puluh buku. Daripada puluhan buku dalam Perjanjian Lama itu, yang dipandang sebagai Taurat oleh majoriti umat Yahudi dan Kristian hanyalah 5 BUKU iaitu:

Kejadian, dalam bahasa Latinnya: Genesis, dalam bahasa Ibrani: beresyit (בראשית),
Keluaran, bahasa Latin: Exodus, bahasa Ibrani syemot (שמות),
Imamat, bahasa Latin: Leviticus, bahasa Ibrani wayyikra (ויקרא),
Bilangan, bahasa Latin: Numerii, bahasa Ibrani bemidbar (במדבר) dan
Ulangan, bahasa Latin: Deuteronomium, bahasa Ibrani debarim (דברים).

HANYA 5 BUKU ini saja yang didakwa sebagai TAURAT. Kami belum pernah ketemu seorang sarjana sama ada yang Muslim mahupun bukan mengatakan buku Zakaria dan Malachi sebagai Taurat. Nabi Zakaria hidup sekitar 100 SM sedangkan Taurat dan Nabi Musa bermula sekitar 1300 SM. Taurat dan Nabi Musa sudah wujud lebih kurang 1200 tahun sebelum kelahiran Nabi Zakaria dan kitabnya. Bagaimana pihak tuan boleh mendakwa buku Zakaria sebagai Taurat?

Mohon penjelasan pihak tuan: ...................................................

Kami gagal mencari maklumat tentang zaman Nabi Malachi tetapi dipercayai bukunya ditulis sekitar 400 SM. Dia juga antara nabi-nabi terakhir dalam sejarah Perjanjian Lama. Apa yang penting untuk kita buat masa ini ialah beza masa antara buku Malachi dengan Taurat (dan Nabi Musa) ialah sekitar 900 tahun! Dari mana tuan mendapat pengetahuan kononnya buku Malachi juga Taurat?

Mohon penjelasannya: ...................................................

Saya juga sudah memeriksa 5 versi Alkitab dan 2 versi Bible akan isi kandungan buku Zakaria. Apa yang saya temui, buku Zakaria tamat pada FASAL 14 sahaja. Tidak ada fasal 17!

Kemudian saya mencari dalam seluruh buku Zakaria, barulah ketemu. Sebenarnya ayat yang tuan maksudkan ialah Zakaria 14 : 17.

Jadi untuk bahagian ini, sekadar teguran agar tuan meletakkan nombor fasalnya yang mungkin tuan terlepas pandang.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment